Capaian Internet | PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)
» PERKHIDMATAN » INFRASTRUKTUR & RANGKAIAN » Capaian Internet

Capaian Internet

UPM merupakan salah satu Universiti Awam (UA) yang dikategorikan dalam Universiti Penyelidikan di Malaysia. Selaras dengan status ini, perkhidmatan capaian Internet UPM perlu disediakan ditahap terbaik dan stabil. Jumlah kapasiti Jalur Lebar Internet di UPM adalah 10Gbps yang dilanggan dari Penyedia Perkhidmatan Internet (ISP) tempatan bagi menampung penggunaan purata 10,000 peralatan rangkaian (komputer, smart phone dan lain-lain) pada satu-satu masa. 

Terdapat dua kaedah capaian Internet di UPM iaitu wired dan wireless. 

Berwayar (Wired

Sistem rangkaian yang berasaskan teknologi Gigabit Ethernet dengan kelajuan dari 100Mbps dan 1000Mbps/1Gbps. 

Sistem rangkaian UPM yang lebih dikenali dengan UPMNet ini melibatkan rangkaian utama kampus yang menghubungkan lebih dari 20,000  nod rangkaian di kampus Serdang dan Bintulu dengan konsep 3 layer switching (Core, Distributed dan Access). Insfrastruktur rangkaian wired ini menggunapakai teknologi Ethernet dan Gigabit Ethernet yang memberi kelajuan dari 100Mbps dan 1000Mbps/1Gbps kepada pengguna. Sambungan antara switch ini menggunakan UTP Cat5/6 dan fiber optic di seluruh kampus Serdang dan Bintulu.

 

Tanpa Wayar (Wireless)

Rangkaian capaian secara wireless di kampus UPM menggunakan teknologi WiFi5/6 

UPM menyediakan kemudahan capaian Internet secara wireless  di kawasan fakulti dan Kolej Kediaman Pelajar secara percuma kepada staf dan pelajar. Kemudahan wireless ini meliputi kawasan kolej dikenali dengan nama perkhidmatan PutraHotspot dan di fakulti serta kawasan tumpuan pelajar di sekitar kampus dengan nama perkhidmatan PutraNet. Perkhidmatan WiFi meliputi kira-kira 80% liputan di seluruh kampus. WiFi yang ditawarkan menggunakan teknologi WiFi5/6 dengan frekuansi 2.4Ghz dan 5.0Ghz beserta sistem pengesahan identiti mengunapakai UPM-ID.

 

Maklumat lanjut sila hubungi:
Seksyen Rangkaian ICT
Pusat Pembangunan Maklumat dan Komunikasi

 

Kemaskini:: 22/06/2023 [nazlina]

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 97691990
03 97693003
SXDTLA0~

Hello!