Bilik Sidang Video | PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)
» PERKHIDMATAN » KEMUDAHAN ICT » Bilik Sidang Video

Bilik Sidang Video

Persidangan video merupakan satu bentuk transmisi dua hala mengandungi suara, video dan data antara dua lokasi yang berbeza seolah-olah pengguna berkomunikasi di satu tempat yang sama. Aktiviti penghantaran audio dan visual juga  dapat dilaksanakan dengan fungsi tambahan seperti perkongsian dokumen, paparan komputer dan skrin maya. 

 

Perkhidmatan persidangan video yang ditawarkan dibahagikan kepada dua kaedah, iaitu perkhidmatan persidangan video menggunakan perkakasan dan persidangan video menggunakan perisian.

  1. Persidangan video menggunakan perkakasan
    Penggunaan peralatan persidangan video (terminal H.323) seperti Aethra, LifeSize,Radvision dan Yealink. Alatan ini boleh digunakan untuk berkomunikasi secara sidang video antara UPM Kampus Serdang dengan agensi-agensi luar yang menggunakanmstandard protokol H.323
  2. Persidangan video menggunakan perisian
    Perkhidmatan bilik persidangan video yang dilengkapi kamera dan mikrofon untuk digunakan bersama perisian sidang video yang ditentukan oleh pengguna seperti yang dipersetujui dalam permohonan yang dihantar.  Perisian sidang video yang sering digunakan pengguna adalah seperti Google Meet , Microsoft Teams, Webex dan Zoom. Bagi perisian yang memerlukan lesen, pengguna perlu melanggan sendiri lesen tersebut.

 

Maklumat lanjut sila hubungi:
Seksyen Persidangan Video
Pusat Pembangunan Maklumat dan Komunikasi

 

Bilik-bilik berikut dilengkapi dengan teknologi sidang video:

BILIK LOKASI KAPASITI
Bilik Mesyuarat iDEC Alpha iDEC Alpha, Putra Infoport 15 orang
Bilik Perbincangan 1 iDEC Alpha, Putra Infoport 7 orang
Bilik Mini Sidang Video iDEC Alpha, Putra Infoport 3 orang

Kemaskini:: 02/08/2023 [nazlina]

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 97691990
03 97693003
SXDTQAL~

Hello!