Sudut Bacaan | PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)
» READ@UNI » Pengenalan » Sudut Bacaan

Sudut Bacaan

RAK BUKU

Mempunyai dua (2) rak buku di mana rak buku utama dihasilkan daripada kotak pallet yang diubah menjadi kotak-kotak kecil serta sederhana. Kotak pallet bersaiz besar telah dijadikan sebagai pelantar dan dibalut dengan wall paper bercorak kayu sesuai dengan konsep semulajadi.

 

LANTAI DAN DINDING

Pemasangan lantai 'viynl' dengan pemilihan warna terang, memberikan kesan yang begitu ketara bagi membezakan sudut bacaan dengan ruang kerja sedia ada. Bagi menambahkan lagi 'mood' untuk membaca, dinding yang kosong sebelumnya telah dihiasi dengan 'wall paper' pemandangan iaitu laluan utama ke Universiti Putra Malaysia telah menjadi pilihan warga iDEC melalui 'survey' yang telah dijalankan.

 

SISTEM BUKU i-MAGBOOKS

Sistem buku yang telah disediakan oleh Encik Mohd. Shafree Ahmad, merupakan elemen ICT yang diterapkan bersama i-MAGBOOKS (nama sudut bacaan iDEC). Dengan kemudahan menu kepada pentadbir, semua buku yang telah disumbangkan akan diinput ke dalam sistem dan dilabelkan. Semua buku disusun mengikut label yang telah dilekatkan pada buku. Dengan adanya sistem ini, warga iDEC dapat mengetahui senarai buku yang ada beserta sinopsis. Sistem akan ditambahbaik dari semasa ke semasa.

 

QR CODE  i-MAGBOOKS

Selain sistem, perkakasan mudah alih iaitu 'tablet' disediakan kepada pengunjung untuk melihat secara langsung senarai buku atau melayari 'ebooks'. Dengan melaksanakan imbasan kepada QR Code yang disediakan di penjuru sudut bacaan, pengunjung boleh juga mengetahui senarai nama buku yang ada.

Kemaskini:: 13/10/2022 [zuraya]

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 97691990
03 97693003
SXEaWAn~

Hello!