Universiti Putra Malaysia telah menyertai program "Shaping HE 4.0 Through ICT and Industry 4.0" sempena sesi meja bulat Ketua Pegawai Teknologi Maklumat (CIO) dan Majlis Pengarah-Pengarah ICT IPTA (MAPITA) yang diadakan pada 20 -22 Oktober 2017 bertempat di Holiday Villa Beach Resort & Spa Langkawi, Kedah.
UPM diwakili oleh Encik Muzaffar Shah bin Kassim (Perpustakaan Sultan Abdul Samad), Encik Mohd Faizal Bin Daud (iDEC) dan Tuan Sayid Mohamad Nazari Sayid Ismail (iDEC).
Program yang dianjurkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi ini telah dihadiri oleh CIO, Pengarah dan Pegawai Teknologi Maklumat dari semua Universiti Awam, Politeknik, MQA dan PTPTN.
Antara program yang diaturkan adalah pembentangan kertas Higher Education 4.0 oleh Pengarah Bahagian Pengurusan Maklumat, Kementerian Pendidikan Tinggi, Dr. Guan Eng Chan.
Antara intipati pembentangan beliau adalah seperti berikut:
Program lain adalah perbincangan dalam kumpulan kecil yang telah dibahagikan kepada 5 kumpulan bagi membincangkan tajuk-tajuk seperti berikut:
Date of Input: 25/10/2017 | Updated: 31/10/2017 | nazlina
Universiti Putra Malaysia
UPM Putra InfoPort - IOI Resort
Jalan Kajang - Puchong
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan