SERDANG, 26 November 2019: Universiti Putra Malaysia (UPM) di bawah seliaan Pejabat Pembangunan dan Pengurusan Aset (PPPA) sedang dalam penyediaan kertas cadangan bagi permohonan peruntukan Rancangan Malaysia ke-12 (RMKe12). Menyahut cabaran ke arah pelaksanaan IR 4.0, Pusat Pembangunan Maklumat dan Komunikasi (iDEC), UPM berusaha menyediakan kemudahan, aplikasi serta perkhidmatan yang dapat menyokong dan mengimplementasikan kampus pintar. Bagi memastikan ia tercapai, iDEC telah mengemukakan cadangan permohonan Kompleks ICT yang dilengkapi dengan Pusat Data, Pusat Rangkaian Utama (NOC), auditorium, bilik dan makmal serta pusat pengujian.
Penyediaan Kompleks ICT UPM beserta Pusat Data terkini akan memberikan impak seperti berikut :
(a) Mempertingkatkan kualiti tadbir urus perkhidmatan ICT dalam menyokong aktiviti pengajaran, pembelajaran, penyelidikan dan pentadbiran dengan:
(b) Melengkapkan keperluan ICT dan menyediakan sokongan teknologi untuk komuniti.
(c) Meningkatkan prasarana bagi aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) dengan pelaksanaan:
(d) Menjadi sebuah institusi yang melatih dan menyediakan bakat-bakat e-SPORTS bukan sahaja untuk menyertai pertandingan kompetitif, malahan mengembangkan bilangan tenaga kerja yang akan memajukan industri e-SPORT
(e) Menjadi Penggalak Teknologi ICT terkini (IR 4.0, IoT, AI) dengan:
(f) Mengoptimumkan penggunaan perkhidmatan yang ditawarkan oleh Pusat Data UPM.
(g) Mewujudkan Persekitaran Kerja yang Lebih Selamat dan Kondusif dengan menggalakkan perkara berikut iaitu:
Tarikh Input: 16/12/2019 | Kemaskini: 16/12/2019 | nazlina
Universiti Putra Malaysia
UPM Putra InfoPort - IOI Resort
Jalan Kajang - Puchong
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan