Smart Campus IDEC UPM | PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)
» BERITA » Smart Campus iDEC UPM

Smart Campus iDEC UPM

 

“SMART CAMPUS” oleh iDEC UPM

“Smart Campus” atau Kampus Pintar adalah kampus berkonsep digital membabitkan penggunaan teknologi untuk urusan seharian warga universiti, yang berkaitan pendidikan atau pentadbiran seperti penggunaan Kad Matrik secara maya yang merupakan salah satu inisiatif ke arah merealisasikan kampus pintar. Susulan daripada hasil perbincangan semasa Bengkel Perancangan ICT UPM 2019 yang telah diadakan sebelum ini, beberapa projek “Smart Campus” telah dibincangkan dan diperkembangkan ideanya.

Seksyen Perancangan Strategik (SSG), Bahagian Perancangan dan Governan ICT (BPG), telah diberi amanah oleh Timbalan Pengarah Perkhidmatan ICT, Encik Mohd. Faizal Daud untuk menganjurkan beberapa siri bengkel “Smart Campus” iDEC UPM seperti di bawah :

 

  • Bengkel "Smart Campus" iDEC UPM
  • 25 Januari 2019
  • Foyer Dewan Taklimat, Bangunan Canselori UPM

 

  • Sesi Pembentangan Awal Kertas Kerja "Smart Campus" iDEC UPM
  • 22 Februari 2019
  • Bilik Kuliah Pemasaran (UGC), Taman Pertanian Universiti (Bersebelahan Putramart, TPU)

 

  • Sesi Pembentangan Akhir Kertas Kerja "Smart Campus" iDEC UPM
  • 8 Mac 2019
  • Bilik Kuliah Pemasaran (UGC), Taman Pertanian Universiti (Bersebelahan Putramart, TPU)

 

Hasil akhir “Smart Campus” iDEC UPM akan dibentangkan semasa Majlis Perjumpaan Bersama CIO UPM yang akan diadakan pada 15 Mac 2019.

Tarikh Input: 02/04/2019 | Kemaskini: 15/04/2019 | nazlina

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 97691990
03 97693003
SXFCLAF~

Hello!