Pengundian Majlis Perwakilan Pelajar UPM Sesi 2023/2024 | PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)
» BERITA » Pengundian Majlis Perwakilan Pelajar UPM Sesi 2023/2024

Pengundian Majlis Perwakilan Pelajar UPM Sesi 2023/2024

Serdang, 20 Mac 2024: Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Putra Malaysia bagi sesi 2023/2024 telah dilaksanakan bermula daripada pukul 8.00 pagi hingga 5.00 petang dan melibatkan sejumlah 12,126 mahasiswa UPM yang membuang undi pada hari tersebut.

Pegawai iDEC telah dilantik sebagai Pegawai Eksekutif Penasihat dalam Jawatankuasa Induk Pemilihan Majlis Pewakilan Pelajar (JKIPMPP) bagi membantu kelancaran proses pengundian tersebut.  Pengundian dijalankan secara atas talian di Kampus Serdang dan Kampus Bintulu menggunakan aplikasi Putra Voting. Sistem untuk pengundian ini  telah dibangunkan oleh pihak iDEC yang merangkumi proses pendaftaran calon, pendaftaran pengundi, pembuangan undi dan penjumlahan undi.

Tarikh Input: 31/03/2024 | Kemaskini: 05/04/2024 | zuraya

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 97691990
03 97693003
SXFCJAu~

Hello!