Serdang, 2 Oktober 2020: Sumbangan dan jasa semasa perkhidmatan dihargai melalui Majlis Admin@Apresiasi dan Penutup Bulan Pentadbir UPM 2020 yang telah diadakan di Auditorium Hospital Pengajar UPM (HPUPM). Majlis yang telah dirasmikan oleh Naib Canselor Universiti Putra Malaysia, Yang Berbahagian Profesor Dr. Mohd. Roslan Sulaiman dihadiri oleh pentabdir PTJ.
Majlis yang berlangsung hampir dua jam ini telah meraikan pentadbir yang telah bersara dan akan bersara, menghargai sumbangan dan jasa pentadbir yang telah meninggalkan UPM serta meraikan kecemerlangan anak-anak pentadbir yang mendapat kejayaan dalam peperiksaan UPSR, PT3 dan SPM.
Pusat Pembangunan Maklumat dan Komunikasi (iDEC) berbangga dengan jasa baik serta sumbangan yang telah dicurahkan, tumpang gembira dengan kecemerlangan anak-anak pegawai seperti berikut :
Persaraan Pegawai iDEC
Penghargaan
Kecemerlangan Anak-Anak
Tarikh Input: 05/10/2020 | Kemaskini: 05/10/2020 | nazlina
Universiti Putra Malaysia
UPM Putra InfoPort - IOI Resort
Jalan Kajang - Puchong
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan