11 November 2018, UPM Serdang : Lebih seribu peserta telah menjayakan program iDEC Charity Fun Run @ Putra Bakti yang telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Lokman Hakim b. Ali, KSU Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.
Program jaringan CSR Pusat Pembangunan Maklumat dan Komunikasi (iDEC) bersama Majlis Kanser Nasional (MAKNA) ini turut dijayakan bersama kolaborasi KOSASS, KOPERASI UPM Berhad serta Kor SISPA UPM.
Pelbagai aktiviti menarik turut disediakan seperti gerai MAKNA, Health Screening, Urutan Terapi Sukan, promosi pembiayaan pendidikan SSPN-i/PTPTN serta bazar niaga.
Kemuncak aktiviti adalah simbolik sesi penyerahan sumbangan Putra Bakti UPM kepada MAKNA.
Terima kasih rakan kerjasama Entiti UPM seperti, PKU, TPU, BKU, Akademi Sukan, BHEP, CosCom, Pusat Sukan, PPPA, FPSK serta penggerak program daripada KOSASS, Koperasi UPM Berhad, Kor SISPA UPM serta wakil Pengurusan UPM YBhg. TNC (AA) merangkap CIO UPM dalam menjayakan program amal ini.
#weloveupm
#ideccharityfunrun2018photogallery
#jommenyumbangMAKNA
#visibilityUPM
#visibilityidec
#poweredbyidec
Tarikh Input: 12/11/2018 | Kemaskini: 12/11/2018 | nazlina
Universiti Putra Malaysia
UPM Putra InfoPort - IOI Resort
Jalan Kajang - Puchong
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan