Audit Pemantuan Semakan QMS ISO 900:2015 & ISMS MSD ISO/IEC 27001 iDEC
Serdang 12 Oktober, Pusat Pembangunan Maklumat dan Komunikasi (IDEC) telah terlibat secara langsung sebagai salah sebuah PTJ yang diaudit pada tahun 2023 dalam Audit Pemantauan Semakan 2 Sistem Pengurusan Kualiti (QMS) ISO 9001:2015 pada 13 Oktober 2023 dan Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat (ISMS) MS ISO/IEC 27001 Universiti Putra Malaysia (UPM) pada 12 dan 13 Oktober 2023.
Bagi skop pensijilan QMS, juruaudit yang terlibat adalah Puan Chua Mea Keng melibatkan skop yang merangkumi semua aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Prauniverisiti, Prasiswazah (kecuali pra persediaan Diploma Sains) dan Siswazah, dan aktiviti perkhidmatan sokongan .
Manakala skop pensijilan ISMS, juruaudit yang terlibat ialah Dr. Noorul Halimin binti Mansol melibatkan skop proses Pendaftaran Pelajar Baharu Prasiswazah yang merangkumi aktiviti semakan tawaran hingga pendaftaran kediaman dan skop proses Penilaian Pengajaran Prasiswazah di fakulti.
Proses pengauditan telah berjalan lancar dan telah mendapat sokongan sepenuhnya dari pihak pengurusan dan semua kakitangan IDEC.
IDEC sentiasa kekal komited membudayakan kualiti dalam setiap perkhidmatan yang diberikan kepada seluruh warga Universiti.
Tarikh Input: 24/10/2023 | Kemaskini: 24/10/2023 | rizalkhanafie
Universiti Putra Malaysia
UPM Putra InfoPort - IOI Resort
Jalan Kajang - Puchong
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan