Rangkaian Kampus (PutraNet - Wireless) | PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)
» ARTIKEL » Rangkaian Kampus (PutraNet - Wireless)

Rangkaian Kampus (PutraNet - Wireless)

Rangkaian Kampus (Putra®Net-Wireless) merupakan salah satu inisiatif dalam kategori Infrastruktur ICT dalam Pelan Pendigitalan ICT UPM 2021-2025. Ia terbahagi kepada beberapa fasa pelaksanaan. 

 

Fasa 1 telah selesai dilaksanakan pada tahun 2022 yang melibatkan sebanyak 11 PTJ dengan jumlah akses point sebanyak 780. Senarai PTJ yang terlibat adalah seperti berikut:

  • Fakulti Sains (FS)
  • Fakulti Perhutanan dan Alam Sekitar (FHAS)
  • Fakulti Pertanian (FP)
  • Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat (FSKTM)
  • Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi (FBMK)
  • Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekul (FBSB)
  • Sekolah Perniagaan dan Ekonomi (SPE)
  • Fakulti Pengajian Pendidikan (FPP)
  • Fakulti Sains dan Teknologi Makanan (FSTM)
  • Fakulti Kejuruteraan (FK)
  • Fakulti Rekabentuk dan Senibina (FRSB)

 

Fasa 2 telah diselesaikan pada tahun 2023 dengan penglibatan 12 PTJ serta jumlah akses point sebanyak 1050. Senarai PTJ yang terlibat adalah seperti berikut:

  • Fakulti Ekologi Manusia
  • Pusat Kesihatan Universiti
  • Perpustakaan Sultan Abdul Samad
  • Fakulti Pertanian
  • Pusat Sukan
  • Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan
  • Fakulti Perubatan Veterinar (FPV)
  • Institut Penyelidikan Halal
  • Pusat Pembangunan Maklumat dan Komunikasi
  • Institut Penyelidikan Sains Sosisal
  • Pusat Pertanian Putra
  • Institut Pertanian Tropika dan Sekuriti Makanan

 

Pelaksanaan Fasa 3 akan diteruskan pada tahun 2024 dengan melibatkan sebanyak 13 PTJ. Sekiranya tiada sebarang permasalahan, senarai PTJ yang akan menerima peluasan rangkaian wireless adalah seperti berikut:

  • Bangunan Canselori (Pejabat TNC HEPA, Bahagian Akademik, Pejabat Bursar, Pusat Strategi dan Perhubungan Korporat, Pejabat Pendaftar, CADE-Lead, Pejabat Naib Canselor)
  • Bangunan Pejabat Pembangunan dan Pengurusan Aset (PPPA)
  • Institut Biosains (IBS)
  • Bangunan Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi)[Pejabat TNCPI, Pusat Jaminan Kualiti (CQA), Putra Business School (PBS), Pusat Alumni]

 

Disediakan oleh:

Bahagian Perancangan dan Governan ICT (BPG)
Pusat Pembangunan Maklumat dan Komunikasi

Tarikh Input: 03/10/2023 | Kemaskini: 13/12/2023 | nazlina

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 97691990
03 97693003
SXEcMAZ~

Hello!