|
Ruang kemudahan kepada pensyarah dan pelajar melaksanakan pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara inovatif, virtual dan hybrid. Antara justifikasi cadangan Projek Putra ® Smart Classroom adalah seperti berikut:
-
Menyediakan ruang dan persekitaran yang sesuai bagi pembelajaran berpusatkan pelajar (SCL) untuk meningkatkan keberkesanan pembelajaran selaras dengan keperluan pelaksanaan OBE.
-
Menyediakan kemudahan pembelajaran secara video conferencing dan video interaktif bagi meningkatkan akses kepada kandungan pembelajaran bagi meningkatkan keberkesanan pembelajaran pelajar.
-
Menyediakan ruangan pengajaran yang dilengkapi perkakasan terkini untuk pengajaran secara interaktif yang menyokong pembelajaran secara bersemuka dan jarak jauh.
-
Menyediakan ruang dan persekitaran yang sesuai bagi pelaksanaan penilaian keberkesanan kaedah pembelajaran inovatif bagi tujuan penambahbaikan kualiti berterusan (CQI).
|
Tarikh Input: 19/07/2022 | Kemaskini: 19/07/2022 | nazlina
PERKONGSIAN MEDIA