Bingkas Menjayakan Kerangka Strategik Universiti | PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)
» ARTIKEL » Bingkas menjayakan kerangka strategik Universiti

Bingkas menjayakan kerangka strategik Universiti

Kerangka strategik Universiti Putra Malaysia yang telah dibangunkan oleh Naib Canselor adalah seiring:

  1. DNA UPM- Keterjaminan Makanan, Pertanian serta Perbezaan Strategik Lain.
  2. 5 Fokus Utama KPT bagi tahun 2024 serta Matlamat Pendidikan Tinggi - 11 Aspirasi YBM
  3. Matlamat Nasional - Malaysia Madani
  4. Matlamat Dunia - Matlamat Pembangunan Mampan (SDGS)

 

 

Ia juga berdasarkan pernyataan Visi dan Misi UPM iaitu:

 

Visi - Menjadi sebuah universiti bereputasi antarabangsa. 

Visi semasa UPM dan kedudukan strategik (the true north) perlu untuk membimbing universiti.

 

Misi
1. Memberi Sumbangan yang Bermakna
2. Penciptaan Kemakmuran
3. Pembangunan Negara
4. Kesejahteraan Manusia
5. Melalui Penerokaan dan Penyebaran Ilmu Pengetahuan

 

Pencapaian Hasil, Berpaksikan Nilai dan lnklusif - Untuk mendapatkan hasil yang diingini, semua inisiatif mesti berasaskan hasil, nilai yang dipacu dan inklusif.

 

6 teras utama yang perlu bagi mendukung keseimbangan UPM. UPM mesti menjadi universiti pilihan dalam semua aspek. lni akan memastikan bahawa semua orang di universiti boleh dan akan menyumbang.

  1. Perkhidmatan Melangkaui Jangkaan (Perkhidmatan dan Pengujian)
  2. Penyelidikan Relevan dan Berimpak Tinggi (Penyelidikan dan lnovasi)
  3. Pengutuhan Komuniti (Dihargai Komuniti)
  4. Pengalaman Pembelajaran dan Kehidupan Terbaik (Akademik)
  5. Pemerkasaan lndustri
  6. Kesohoran Peringkat Global

 

5 asas yang penting untuk memastikan bahawa universiti terus berfungsi dan berkembang. Tanpa asas yang kukuh, rumah strategik UPM akan runtuh.

  1. Bakat; Kompeten yang Memudahcara
  2. Sumber Mampan/Kelestarian Sumber
  3. Governan (Talia Kelola yang Memudahcara)
  4. Data dan Kebijakan
  5. Promosi dan Penjenamaan

 

Betulkan yang asas iaitu menyelesaikan krisis dan isu dengan segera, memperbaiki kelemahan pada perkara asas dan menggerakkan kecemerlangan semua 6 tonggak yang menjadi True North dan jati diri serta peranan utama universiti. Ia akan membantu universiti melonjak ke hadapan dan seterusnya mengekalkan kedudukan di hadapan. Risiko untuk keluar dari zon selesa serta usaha bersepadu yang disusun secara strategik oleh sebuah pasukan yang mantap akan menjadikan kecemerlangan pada masa hadapan. Tindakan yang boleh meruntuhkan Universiti juga perlu dielakkan supaya kejayaan dapat dimiliki.

 

Sumber: Majlis Perutusan 100 hari Naib Canselor dan Amanat 2024

 

Disediakan oleh: Ts. Nor Azlina Zainal Abidin

Tarikh Input: 31/01/2024 | Kemaskini: 31/01/2024 | nazlina

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 97691990
03 97693003
SXEcLAj~

Hello!