AI Dalam Kehidupan | PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)
» ARTIKEL » AI dalam kehidupan

AI dalam kehidupan

Artificial Intellengence (AI) merupakan Kecerdasan buatan atau kepintaran buatan merupakan suatu sistem beraturcara atau mesin jentera yang mampu melakukan tugas dan fungsi mirip yang dijana pemikiran manusia. AI digunakan secara meluas dalam bidang pemprosesan maklumat, permainan komputer, keselamatan negara, perdagangan elektronik, dan sistem diagnostik.

Antara cabang penting dalam AI ialah pembelajaran mesin (machine learning) iaitu keupayaan mesin yang mampu 'belajar' untuk menjadi pintar. Mesin yang bakal ‘diajar’ manusia perlu dilengkapkan dengan maklumat yang banyak untuk menjadikannya lebih pintar berbanding mesin lain. Dengan kata lain, mesin akan dilengkapkan dengan ribuan percubaan untuk menyelesaikan sesuatu tugas. Ia juga memiliki keupayaan kognitif, iaitu belajar, berlatih dan menyelesaikan masalah secara bebas.
 
Ia boleh digunakan dalam permainan komputer, meramal pergerakan saham, menafsirkan foto-foto, mendiagnosis penyakit, merancang perjalanan, menterjemah bahasa, melakarkan analogi, membantu membina mesin yang kompleks, mengajar logik, menulis muzik, membuat gambar, dan belajar untuk melakukan tugas-tugas dengan lebih baik.
 
AI telah menjadikan mesin lebih pintar. AI ialah sains dan teknologi yang menjadikan peranti mampu berfikir seperti manusia. Universiti Putra Malaysia (UPM) juga akan menggunakan elemen AI dalam pembangunan sistem aplikasi.

Tarikh Input: 31/01/2024 | Kemaskini: 01/02/2024 | nazlina

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 97691990
03 97693003
SXEcVAT~

Hello!