Rakaman Dan Penyiaran Video | PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)
» PERKHIDMATAN » MULTIMEDIA » Rakaman dan Penyiaran Video

Rakaman dan Penyiaran Video

Perkhidmatan Rakaman Video ialah proses rakaman video dengan menggunakan Single Camera (SCP) atau Multicamera Production (MCP). Video Streaming ialah rakaman video sesuatu majlis yang dipohon oleh PTJ dan menyiarkannya secara langsung melalui live streaming.

Perkhidmatan rakaman dan streaming video dilaksanakan oleh Pusat Pembangunan dan Komunikasi (iDEC) untuk memenuhi keperluan pengarkiban aktiviti UPM.

Perkhidmatan rakaman video ini terdiri daripada Single Camera (SCP), iaitu proses rakaman menggunakan satu kamera; Multicamera Production (MCP), iaitu proses rakaman menggunakan lebih daripada satu kamera yang disambungkan terus ke video switcher dan pengambaran, iaitu pembikinan dokumentari yang dilaksanakan mengikut skrip. Contohnya video korporat, drama, filem, dan sebagainya.

Perkhidmatan Streaming Video pula dilaksanakan jika rakaman video sesuatu majlis melibatkan permohonan penyiaran secara langsung dalam atau luar kampus UPM. Melalui server live streaming, warga UPM boleh menyaksikan aktiviti yang sedang berlangsung walaupun tidak menghadirinya.

Permohonan perkhidmatan perlu dihantar sekurang-kurangnya seminggu sebelum aktiviti berlangsung mengikut prosedur permohonan perkhidmatan yang ditetapkan. Permohonan perlu melalui Sistem Perkhidmatan ICT (SPICT).

 

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Seksyen Penyiaran AV, Pusat Pembangunan Maklumat dan Komunikasi (iDEC), UPM.

Kemaskini:: 27/07/2017 [nazlina]

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 97691990
03 97693003
B1566395337