Studio Motion Capture | PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)
» PERKHIDMATAN » KEMUDAHAN ICT » Studio Motion Capture

Studio Motion Capture

Studio Motion Capture (Mocap) dilengkapi dengan peralatan berteknologi tinggi dan digunakan untuk membuat rakaman pergerakan bagi keperluan animasi dan penyelidikan saintifik.

Pihak iDEC menawarkan perkhidmatan rakaman pergerakan keseluruhan badan berserta ‘props’. Kelebihan utama sistem mocap adalah paparan visual pergerakan dengan karaktor 3D bertekstur penuh boleh dilihat secara masa nyata. Data mocap boleh dieksport ke perisian 3D yang terdapat di pasaran seperti 3DS Max, Maya, MotionBuilder, Lightwave dan Cinema4D.

Berkeluasan  10’ X 10’ dan  dilengkapi dengan 18 kamera Arena:OptiTrack  beresolusi tinggi, studio ini sesuai membuat rakaman pergerakan untuk 2 orang setiap sesi.
 
Maklumat lanjut sila hubungi:-
Seksyen Multimedia

Kemaskini:: 07/06/2017 [nazlina]

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 97691990
03 97693003
B1566395594