Sesi Libat Urus Pelan Strategik Pendigitalan UPM 2026-2030 Bersama Lembaga Pengarah Universiti (LPU) UPM | INFOCOMM DEVELOPMENT CENTRE (iDEC) idec
» NEWS » Sesi Libat Urus Pelan Strategik Pendigitalan UPM 2026-2030 Bersama Lembaga Pengarah Universiti (LPU) UPM

Sesi Libat Urus Pelan Strategik Pendigitalan UPM 2026-2030 Bersama Lembaga Pengarah Universiti (LPU) UPM

SERDANG, 16 Julai 2026 – Pusat Pembangunan Maklumat dan Komunikasi (iDEC), Universiti Putra Malaysia (UPM) telah mengadakan Sesi Libat Urus Pelan Strategik Pendigitalan UPM 2026–2030 Bersama Lembaga Pengarah Universiti (LPU) UPM di Restoran L’Apprenti, UPM.

Sesi libat urus ini dipengerusikan oleh YBhg. Dato’ Sri Jailani Johari, Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti, dan turut dihadiri oleh YBhg. Prof. Ts. Dr. Nurfadhlina Mohd. Sharef, Chief Digital Officer (CDO) UPM, barisan pengurusan iDEC serta pegawai-pegawai yang terlibat dalam perancangan strategik pendigitalan universiti.

Program ini bertujuan mendapatkan pandangan dan maklum balas daripada LPU bagi memperkukuh penyediaan Pelan Strategik Pendigitalan UPM 2026–2030 agar selaras dengan aspirasi universiti serta keperluan transformasi digital masa hadapan.

Perbincangan memberi tumpuan kepada pencapaian Pelan Strategik Pendigitalan UPM 2021–2025, di samping membincangkan hala tuju dan inisiatif strategik bagi tempoh 2026–2030. Antara fokus utama termasuk pemerkasaan tadbir urus ICT, pembangunan infrastruktur digital, transformasi perkhidmatan, inovasi digital serta penerapan teknologi kecerdasan buatan (AI).

Hasil sesi libat urus ini akan dijadikan input penting dalam memuktamadkan Pelan Strategik Pendigitalan UPM 2026–2030 sebagai panduan pelaksanaan agenda transformasi digital universiti ke arah penyampaian perkhidmatan yang lebih cekap, inovatif dan mampan.

Date of Input: 28/07/2026 | Updated: 31/07/2026 | m_radzi

MEDIA SHARING

INFOCOMM DEVELOPMENT CENTRE (iDEC)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 97691990
03 97693003
X, (04:56:19am-05:01:19am, 11 Oct 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]