Jawatankuasa Kerja ICT | PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)
» JAWATANKUASA » JAWATANKUASA (UPM) » Jawatankuasa Kerja ICT

Jawatankuasa Kerja ICT

Tanggungjawab Jawatankuasa Kerja ICT UPM (JKICT UPM)

  1. Menyediakan Dasar Teknologi Maklumat dan Komunikasi Universiti kepada Jawatankuasa Teknologi Maklumat dan Komunikasi Universiti;
  2. Mencadangkan dan menyediakan draf Garis Panduan, Arahan Kerja atau Tatacara yang melibatkan polisi bagi pemakaian khusus Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam Universiti;
  3. Menyediakan garis panduan penetapan perolehan yang perlu mendapat kelulusan;
  4. Mengemukakan isu yang melibatkan pematuhan kepada kaedah Dasar Teknologi Maklumat dan Komunikasi oleh staf dan pelajar Universiti;
  5. Menyediakan laporan berkaitan dengan Teknologi Maklumat yang terkini serta bersesuaian dengan Universiti dan mencadangkan penggunaannya mengikut keperluan yang wajar kepada Jawatankuasa Teknologi Maklumat dan Komunikasi;
  6. Melaporkan aktiviti JKKICT kepada Jawatankuasa Teknologi Maklumat dan Komunikasi (JKTMK);
  7. Memperakui dan seterusnya meluluskan permohonan perolehan berdasarkan Garis Panduan ICT Universiti;
  8. Pengerusi boleh mewujudkan jawatankuasa lain dan melantik manamana pegawai untuk menganggotai jawatankuasa berkenaan bagi membantu Jawatankuasa Kerja ICT dalam urusan hal ehwal teknologi maklumat.

Kemaskini:: 12/02/2018 [nazlina]

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 97691990
03 97693003
B1566396320