Penilaian Anugerah Kualiti Persekitaran Tempat Kerja (5S/EKSA) Sempena HKIP UPM 2019 | PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)
» BERITA » Penilaian Anugerah Kualiti Persekitaran Tempat Kerja (5S/EKSA) Sempena HKIP UPM 2019

Penilaian Anugerah Kualiti Persekitaran Tempat Kerja (5S/EKSA) Sempena HKIP UPM 2019

 

Pusat Pembangunan Maklumat dan Komunikasi (iDEC), UPM, 24 Oktober 2019 : Penilaian Anugerah Kualiti Persekitaran Tempat Kerja (5S/EKSA) Sempena Hari Kualiti dan Inovasi Pekhidmatan (HKIP) UPM tahun 2019 iDEC telah berjaya disenarai pendek untuk penilaian Anugerah Kualiti Persekitaran Tempat Kerja (5S/EKSA) Sempena Hari Kualiti dan Inovasi Pekhidmatan (HKIP) UPM tahun 2019. Justeru, pada 24 Oktober 2019,  satu sesi penilaian oleh Panel Penilai yang dilantik telah diadakan bagi menentukan pemenang anugerah, di mana iDEC dikategorikan dalam Kumpulan A iaitu Pusat Tanggunjawab yang mempunyai staf melebihi 150 orang.

Sesi Pembukaan telah dihadiri oleh Pengarah iDEC dan Jawatankuasa 5S iDEC. Panel Penilai terdiri daripada En. Mohd. Isnain Ali dari Pusat Keusahawanan dan Kebolehpasaran Graduan (CEM) dan Puan Wan Rohani Wan Mohamed dari Fakulti Pengajian Alam Sekitar (FPAS). Kedua-dua panel penilai telah melawat Zon Alpha, Zon Sigma dan Zon Beta. Pemenang akan diumumkan semasa HKIP yang akan diadakan pada 22 November 2019 bertempat di Dewan Besar, Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, UPM. Semoga iDEC dapat meraih kejayaan pada HKIP tahun ini.

Tarikh Input: 05/11/2019 | Kemaskini: 05/11/2019 | nazlina

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 97691990
03 97693003
SXETWAM~

Hello!