IDetech : Warga UPM Terpaksa Mengingati Beberapa ID Dan Kata Laluan Bagi Sistem Yang Pelbagai | PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)
» BERITA » iDetech : Warga UPM terpaksa mengingati beberapa ID dan kata laluan bagi sistem yang pelbagai

iDetech : Warga UPM terpaksa mengingati beberapa ID dan kata laluan bagi sistem yang pelbagai

  

iDetech wakili iDEC dalam Pertandingan KIK 2017

Serdang, 24 Oktober 2017. Sesi pembentangan Anugerah Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) sempena Sambutan Hari Kualiti dan Inovasi Perkhidmatan (HKIP) UPM tahun 2017 telah berlangsung di Mini Auditorium 1, Aras 3, Bangunan Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi). Sebanyak empat kumpulan telah membuat pembentangan dan telah diadili oleh empat orang juri.

Kumpulan iDetech mewakili Pusat Pembangunan Maklumat dan Komunikasi (iDEC) bagi kategori Pengurusan dengan tajuk projek – “Warga UPM terpaksa mengingati beberapa ID dan kata laluan bagi sistem yang pelbagai”. Masalah ini telah dipilih untuk diselesaikan berdasarkan aduan yang terbanyak diterima oleh pihak Helpdesk iDEC.

Kumpulan iDetech dianggotai oleh 10 orang ahli iaitu Haryati Abdullah (Ketua), Huda Khairudin (Setiausaha), Sabdin@Zahar Wahab, Ahmad Faisal Abdul Ghafar, Nor Hasriyanti Rahim, Azhana Abdullah, Norhezrulsham Muhamad Nodin, Shahrul Hazman Shamshudeen, Norfaizul Abdul Aziz, Muhammad Jamal Mohamed Kamil dan seorang fasilitator iaitu Mohd Rizal Mohd Khanafie.

Pertandingan KIK ini telah disertai oleh tiga kumpulan lain iaitu Kumpulan FORR FLORA daripada Fakulti Perhutanan bagi kategori Pengurusan, Kumpulan Axon Force (Teknikal) daripada Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan dan Kumpulan Langit Putra (Teknikal) daripada Putra Science Park & Pejabat TNC(PI). Keputusan pertandingan akan diumumkan semasa Sambutan Hari Kualiti dan Inovasi Perkhidmatan (HKIP) pada 10 November 2017 yang akan datang.

Tarikh Input: 03/11/2017 | Kemaskini: 07/11/2017 | nazlina

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 97691990
03 97693003
CVMGEkR:04:36