IDEC@Community PUTRA Bakti : Internet Of Things (IoT) Knowledge Transfer Kg. Sawah Sempadan Tg. Karang, Selangor. | PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)
» BERITA » iDEC@Community PUTRA Bakti : Internet Of Things (IoT) Knowledge Transfer Kg. Sawah Sempadan Tg. Karang, Selangor.

iDEC@Community PUTRA Bakti : Internet Of Things (IoT) Knowledge Transfer Kg. Sawah Sempadan Tg. Karang, Selangor.

 

Pusat Pembangunan Maklumat dan Komunikasi (iDEC) melalui Kelab Rakan iDEC terus menyumbang bakti dalam program pemindahan ilmu kepada komuniti setempat melalui Projek iDEC@Community PUTRA Bakti : Internet of Things (IoT) Knowledge Transfer pada 19 – 21 April 2019 bertempat di Kg. Sawah Sempadan, Tanjong Karang Selangor.

Projek iDEC@Community PUTRA Bakti ini merupakan program berbentuk Corporate Social Responsibility (CSR) melalui konsep daripada Universiti kepada komuniti yang mensasarkan keterlibatan mahasiswa bersama warga iDEC secara keseluruhannya. Ini adalah selaras dengan transisi untuk menjadikan Pusat Pengajian Tinggi sebagai tempat strategik dalam pelaksanaan program komuniti khususnya dalam berkongsi pendedahan transformasi ICT yang meningkat secara mendadak.

Menurut Pengarah Pusat Pembangunan Maklumat dan Komunikasi (iDEC) UPM, Prof. Madya Dr. Fatimah Sidi, inisiatif idea projek komuniti ini adalah susulan dengan pendedahan, latihan dan praktikal yang telah diberikan kepada pelajar-pelajar UPM berkaitan teknologi IoT sebelum ini dapat dikongsikan bersama Mahad Tahfiz Pondok Hamlatul Quran Kg. Sawah Sempadan, Tg. Karang Selangor melalui pemindahan ilmu (knowlwdge transfer) berteraskan ‘skill to community’.

Projek selama tiga (3) hari ini telah dikendalikan oleh fasilitator IoT iDEC En. Mohd Shafree Ahmad dan En. Rizal Hj. Razak melalui Kelab Rakan iDEC yang melibatkan penyertaan 40 orang pelajar Maahad Tahfiz Pondok Hamlatul Quran. Impak positif kepada pelaksanaan projek ini, pelajar-pelajar dapat memasang dan menggunapakai teknologi IoT pada penggunaan lampu.  

 

Tarikh Input: 28/05/2019 | Kemaskini: 28/05/2019 | nazlina

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 97691990
03 97693003
B1566396165