

29 Julai 2025, Serdang - Pusat Pembangunan Maklumat dan Komunikasi (iDEC), Universiti Putra Malaysia telah menganjurkan Bengkel Pembentangan Slaid Jawatankuasa Teknikal ICT Sektor Awam (JTISA) bertempat di Al-Biruni Smart Space, Masjid UPM. Bengkel ini berlangsung dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang dan melibatkan penyertaan wakil-wakil Pusat Tanggungjawab (PTJ) yang terlibat dalam penyediaan permohonan projek ICT di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13).

Tujuan utama bengkel ini adalah untuk memberi ruang kepada setiap PTJ mengemaskini dan membentangkan permohonan projek komponen ICT masing-masing yang dikendalikan oleh iDEC. Dalam masa yang sama, bengkel ini turut menjelaskan format penyediaan dokumen yang betul dan lengkap bagi tujuan permohonan kelulusan teknikal ICT, selaras dengan keperluan Jawatankuasa Teknikal ICT Sektor Awam (JTISA).
Penganjuran bengkel ini mencerminkan komitmen iDEC dalam menyokong perancangan ICT universiti secara lebih terselaras dan efisien bagi tempoh pelaksanaan RMK13 yang akan datang.
Disediakan oleh:
Mohd Radzi Mahidin
Ketua Seksyen Pentadbiran
Tarikh Input: 30/07/2025 | Kemaskini: 31/07/2025 | zuraya

Universiti Putra Malaysia
UPM Putra InfoPort - IOI Resort
Jalan Kajang - Puchong
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan