Kajian Keperluan Bisnes (BRS) - Kejuruteraan Sistem Aplikasi Sektor Awam | PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)
» ARTIKEL » Kajian Keperluan Bisnes (BRS) - Kejuruteraan Sistem Aplikasi Sektor Awam

Kajian Keperluan Bisnes (BRS) - Kejuruteraan Sistem Aplikasi Sektor Awam

Kajian Keperluan Bisnes

Pengenalan Kajian keperluan bisnes adalah merupakan aktiviti asas yang perlu dilaksanakan untuk memahami halatuju dan objektif organisasi, mengenalpasti keperluan bisnes dan skop yang perlu diliputi bagi tujuan pembangunan sistem aplikasi. Kajian keperluan ini adalah berpandukan model bisnes organisasi.

Aktiviti utama yang terlibat dalam kajian keperluan bisnes adalah seperti berikut:
a) Penentuan Keperluan Bisnes
b) Pemodelan Fungsian Bisnes
c) Pemodelan Proses Bisnes

 

Penentuan Keperluan Bisnes

Aktiviti ini adalah bagi memastikan sistem yang diperlukan dapat memenuhi keperluan bisnes organisasi. Maklumat berkaitan keperluan bisnes dapat diperolehi daripada pelbagai sumber seperti nota temuduga, peraturan dan prosedur bertulis, dokumentasi sistem semasa, laporan, borang dan aliran kerja yang sedia ada. Semua maklumat tersebut dikumpulkan untuk memahami keperluan fungsian selanjutnya.

Objektif

  • Mengumpul maklumat berkaitan keperluan bisnes
  • Mengenalpasti dan memahami halatuju bisnes yang mendorong kepada apa dan bagaimana proses bisnes dilakukan

 

 

Pemodelan Fungsian Bisnes

Pemodelan Fungsi Bisnes adalah teknik untuk mengenal pasti fungsi yang sedang dan akan dijalankan oleh organisasi. Teknik ini menghasilkan model fungsi bisnes organisasi kepada pengguna yang direpresentasi dalam bentuk hirarki fungsi bisnes.


Objektif

  • Mengenal pasti fungsi-fungsi yang dijalankan untuk mencapai objektif bisnes
  • Menghasilkan model fungsi yang tepat dan memenuhi keperluan sesebuah organisasi

 

Pemodelan Proses Bisnes

Pemodelan proses bisnes merupakan teknik yang digunakan untuk membangunkan Model Proses Bisnes. Model proses bisnes yang direpresentasi melalui Rajah Aliran Proses (Process Flow Diagram (PFD)) menerangkan bagaimana gabungan aktiviti-aktiviti yang berbeza menyokong kepada satu-satu proses bisnes. PFD menggambarkan kompleksiti dan susunan aktiviti-aktiviti bisnes dijalankan sama ada secara berjujukan, selari atau serentak. Setiap aktiviti yang telah diplotkan di dalam rajah akan diperincikan di dalam jadual Definisi Aktiviti Fungsi Bisnes.

Objektif

  • Menghasilkan PFD to-be berdasarkan Fungsi Asas yang telah dikenal pasti di dalam Pemodelan Fungsi Bisnes
  • Menyediakan Definisi Aktiviti Fungsi Bisnes yang memerincikan lagi keterangan bagi setiap aktiviti yang terkandung dalam PFD
 

Tarikh Input: 21/07/2020 | Kemaskini: 21/07/2020 | nazlina

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 97691990
03 97693003
SXDcVAU~

Hello!