UNIMAS : Penggunaan Teknologi QR Untuk Kehadiran Kakitangan Dan Pelajar Serta Strategi Komersialisasi | PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)
» ARTIKEL » UNIMAS : Penggunaan Teknologi QR Untuk Kehadiran Kakitangan dan Pelajar serta Strategi Komersialisasi

UNIMAS : Penggunaan Teknologi QR Untuk Kehadiran Kakitangan dan Pelajar serta Strategi Komersialisasi

QR Attendance” mudah digunakan bagi tujuan merekodkan kehadiran dengan hanya mengimbas kod QR untuk mendaftarkan kehadiran. Ia merupakan penyelesaian alternatif sekiranya dibandingkan dengan penggunaan  kad pintar atau biometrik di mana melibatkan kos yang tinggi sama ada dalam perbelanjaan modal (CAPEX) dan perbelanjaan pengendalian (OPEX).  Rekod kehadiran untuk pelajar dan kakitangan UNIMAS diperlukan bagi tujuan penilaian kursus (pelajar) dan penilaian prestasi kerja (kakitangan). Bagi memastikan kelayakan pelajar untuk menduduki peperiksaan, peratus kehadiran yang diperlukan adalah sebanyak 80%. Kehadiran merupakan petunjuk utama yang dipertimbangkan untuk promosi dan prestasi kerja bagi kakitangan UNIMAS. Rekod kehadiran mestilah tepat, boleh dipercayai dan konsisten.

Sebelum pelaksanaan “QR Attendance”, UNIMAS menggunakan kad pintar bagi merekodkan secara manual kehadiran kakitangan dan pelajar serta untuk setiap aktiviti lain. Proses merekodkan kehadiran mengambil masa yang agak lama serta membosankan dan penggunaan peralatan yang ada kalanya bermasalah. Penyusunan semula rekod kehadiran secara manual oleh kakitangan menyebabkan data yang ada tidak teratur, tidak konsisten dan tidak tepat. Bermula pada Januari 2018, “QR Attendance” telah dilaksanakan bagi tujuan merekodkan kehadiran bertugas kakitangan, kehadiran kelas oleh pelajar serta semua aktiviti universiti seperti mesyuarat, bengkel dan program latihan yang dianjurkan oleh UNIMAS.

Tiga (3) komponen utama yang menyokong “QR Attendance” adalah :

  1. CloQin - aplikasi mudah alih yang dipasang pada peranti pintar yang menggunakan Android dan iOS;
  2. QR Console - penjana kod QR dinamik;
  3. Attendance Nexus - sistem pengurusan berpusat yang memproses imbasan kod QR dan merekod kehadiran.

UNIMAS menggunakan ID tunggal untuk semua sistem IT dan ini diperluaskan kepada CloQin. CloQin dihadkan kepada satu (1) ID untuk satu (1) peranti pintar sahaja. “Data encryption” digunakan untuk semua data yang dihantar dan kod QR dijana secara automatik setiap lima (5) saat. Sistem pengurusan berpusat – “Attendance Nexus”; memastikan bahawa rekod adalah teratur, boleh diverifikasi dan konsisten. Tabulasi data kehadiran dilakukan oleh “Attendance Nexus” dan keputusannya diserahkan kepada sistem pengurusan pelajar dan sistem HR yang berkaitan.

Kod QR yang dipaparkan ke skrin atau monitor komputer, mempercepatkan proses merekodkan kehadiran di mana ia dilaksanakan secara serentak. Penjimatan kos yang amat ketara apabila tidak perlu melaksanakan perolehan, penggantian atau penyelenggaraan peralatan pembaca kad pintar atau pembaca biometrik. Pelaporan kehadiran kini lebih mudah dan telus di mana boleh dilihat melalui aplikasi mudah alih rasmi UNIMAS  iaitu UNIMAS Now. Integrasi bersama Sistem Pengurusan Pelajar dan Sistem Pengurusan Sumber Manusia; prestasi kehadiran pelajar boleh diketahui dan ukuran penilaian bagi kakitangan serta rekod kehadiran aktiviti universiti boleh diperolehi.

QR Attendance” adalah berskala di mana dapat mengendalikan jumlah data yang kecil dan besar pada bila-bila masa. Sejak Januari 2018 sehingga kini (Julai 2019), “QR Attendance” telah mengendalikan 2,330,155 kes atau kemasukan data untuk kehadiran kelas.

QR Attendance” telah bersedia bagi tujuan pengkomersilan. Dengan konsep sistem berasaskan web, dengan menggunakan perkhidmatan “cloud” universiti; kami menawarkan perkhidmatan kepada pelanggan menggunakan model langganan. Model langganan adalah lebih mudah untuk dikendalikan dari aspek pembangunan dan penyelenggaraan.

QR Attendance” memudahkan serta menyelesaikan isu dengan inovatif penggunaan teknologi sedia ada yang dapat meningkatkan kualiti gaya hidup semasa. Rekod kehadiran adalah tepat, boleh dipercayai dan konsisten dengan menggunakan “QR Attendance”.

 

Biodata Pembentang :

Encik Maclean anak Patrick Sibat merupakan Timbalan Ketua Bahagian Pengurusan Sumber dan Komersial di Pusat Pembangunan dan Khidmat Teknologi Maklumat (CITDS), di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS). Selain itu, beliau juga memegang jawatan sebagai Ketua Unit Komersial dan Promosi. Merupakan anak jati Sarawak, beliau telah berpengalaman berkhidmat di UNIMAS selama 19 tahun. Memperolehi Diploma in Applied Sciences daripada UiTM dan memiliki Ijazah Teknologi Maklumat daripada UNIMAS.  Beliau mempunyai kepakaran dalam pembangunan laman web serta Pembangunan Sistem Pembelajaran Dalam Talian. Sebagai Ketua Unit Komersial dan Promosi, beliau bertanggungjawab melaksanakan pengkomersialan Produk IT untuk Centre for IT Development and Services, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).

 < Slaid Pembentangan >

Tarikh Input: 22/08/2019 | Kemaskini: 30/08/2019 | nazlina

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 97691990
03 97693003
SXDdCAA~

Hello!