Arkib | PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)
» READ@UNI » Aktiviti » Arkib

Arkib

i-MAGBOOKS tidak hanya digunakan bagi tujuan membaca, ia juga digunakan untuk pelbagai aktiviti.

 

 

SARINGAN

 

1 Oktober 2019 - Sesi saringan peringkat pertama telah diadakan pada 1 Oktober 2019 yang diadili oleh juri UPM iaitu Encik Hanis Bin Johari, Penolong Pendaftar daripada Perpustakaan Sultan Abdul Samad dan Puan Norshahilda Md Shahril, Penolong Pegawai Tadbir daripada Kolej 15.

 

SESI SARINGAN SUDUT BACAAN PERINGKAT AKHIR

 

14 Oktober 2019 - Sesi saringan akhir, iDEC telah menerima kunjungan panel juri iaitu Puan Zarenah Wagino, Encik Roslan Ariffin daripada Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Encik Mohd Helmi Masor@Mansor daripada Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

 

HARI KUALITI DAN INOVASI PERKHIDMATAN (HKIP) 2019

 

22 November 2019 - Sudut bacaan iDEC i-MAGBOOKS telah mendapat tempat ke-4 dan telah menerima hadiah wang sebanyak RM300.00, sijil beserta buku semasa Majlis Hari Kualiti dan Inovasi Perkhidmatan (HKIP) yang telah diadakan di Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PKKSSAAS). Juara adalah milik Fakulti Pengajian Pendidikan, Bahagian Hal Ehwal Pelajar mendapat naib johan, tempat ketiga dimenangi oleh Pejabat Bursar dan Pusat Jaminan Kualiti mendapat tempat kelima.

 

 

KEMPEN

 

1 Staf 1 Majalah - Warga iDEC adalah dimohon untuk memberikan sumbangan majalah dengan kaedah langganan secara bulanan atau sukuan dan menempatkan majalah tersebut kepada i-MAGBOOKS. Setakat ini, penyumbang yang telah diterima adalah Mingguan Wanita (bermula Oktober 2019), Impiana dan Rasa.

 

 

 

SEMBANG SANTAI

 

       
               
   
         

 

PERKONGSIAN MINGGUAN

 

11 Oktober 2019, 8.30 pagi

  • Taklimat Penilaian Sudut Bacaan bagi senarai 10 PTJ yang layak ke Pertandingan Akhir oleh Penyelaras Sudut Bacaan, Puan Nor Azlina Zainal Abidin.
  • Taklimat Program Kelestarian Hijau projek 'Office Garden' oleh Puan Salmawati Abdul Malid
  • Kupasan bahan bacaan "Hikmah Apabila Diuji" - kupasan dari Majalah Mingguan Wanita Keluaran Oktober 2019 oleh Puan Nor Azlina Zainal Abidin

 

 

11 Oktober 2019, 8.55pagi : Prof. Madya Dr. Fatimah Sidi, Pengarah iDEC telah berkongsi mengenai empat (4) golongan manusia menurut Imam Al-Ghazali yang terdapat di muka bumi ini iaitu :

  • Pertama (Seseorang yang Tahu (berilmu), dan dia Tahu kalau dirinya Tahu) - Golongan ini merupakan golongan manusia yang paling baik. Sebab, orang yang tahu bahwa dirinya mengetahui merupakan perilaku orang pintar, memiliki ilmu dan mengetahui bahawa ilmu yang diperolehi harus dimanfaatkan bersama.
  • Kedua (Seseorang yang Tahu (berilmu), tapi dia Tidak Tahu kalau dirinya Tahu) - Golongan kedua ini sering dijumpai dalam kehidupan bermasyarakat dan sebenarnya memiliki potensi atau ilmu tetapi tidak menyedari atau mengoptimalkannya untuk keperluan umat.
  • Ketiga (Seseorang yang tidak tahu dan mengetahui bahawa ia tidak tahu) - Golongan manusia ketiga ini adalah mereka yang sedang dalam proses mencari ilmu di mana dari sesuatu yang tidak diketahui akan tetapi ia berusaha keras untuk mengetahuinya.
  • Keempat (Seseorang yang tidak tahu dan tidak mengetahui bahawa ia tidak tahu) - Golongan manusia keempat ini paling buruk, susah diingatkan, selalu merasa tahu, memiliki ilmu, berhak menjawab semua persoalan, padahal ia tidak mengetahui apa-apa. Sehingga, kita dapat mengatakan kepada manusia dikatakan bahawa golongan terakhir ini lebih banyak menyesatkan kerana tidak memiliki keilmuan yang jelas.

 

TECHNOLOGY UPDATE

 

31 Oktober 2019, Khamis, 10.00pagi - "Lenovo Technology Update Session with UPM" (Bilik Exa, iDEC Alpha)

 

Kemaskini:: 12/09/2022 [zuraya]

PERKONGSIAN MEDIA

LIHAT JUGA
PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 97691990
03 97693003
SXEUEAQ~

Hello!