UPM@Desa Serdang Pengetahuan Digital | PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)
» PUTRABAKTI » UPM@Desa Serdang Pengetahuan Digital

UPM@Desa Serdang Pengetahuan Digital

27 September 2019, 8.00 pagi, Sekolah Menengah Kebangsaan Desa Serdang

UPM@Desa Serdang DIGITAL KNOWLEDGE ini telah disempurnakan oleh YB Tuan Gobind Singh Deo, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Kementerian Komunikasi dan Multimedia merangkap ahli parlimen Puchong. Pusat Pembangunan Maklumat dan Komunikasi (iDEC), Universiti Putra Malaysia juga terlibat menjayakan program jaringan komuniti UPM@DESA SERDANG - DIGITAL KNOWLEDGE. Program yang dianjurkan oleh Sekolah Pengajian Siswazah, UPM telah diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Desa Serdang. Tujuan utama penganjuran program adalah memberi kesedaran mengenai ilmu digital kepada masayarakat setempat. Antara aktiviti yang dilaksanakan adalah pameran, ceramah keselamatan siber dan pertandingan pitching Power Point. Seksyen Penyiaran AV dan Seksyen Multimedia telah sama-sama memberi bantuan dalam menyediakan montaj pelancaran dan juga khidmat rakaman video serta khidmat teknikal.

Tarikh Input: 27/09/2019 | Kemaskini: 30/09/2019 | nazlina

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 97691990
03 97693003
SXEXOAn~

Hello!