Shaping HE 4.0 Through ICT And Industry 4.0 (MAPITA) | INFOCOMM DEVELOPMENT CENTRE (iDEC)
» NEWS » Shaping HE 4.0 Through ICT and Industry 4.0 (MAPITA)

Shaping HE 4.0 Through ICT and Industry 4.0 (MAPITA)

    

Universiti Putra Malaysia telah menyertai program "Shaping HE 4.0 Through ICT and Industry 4.0" sempena sesi meja bulat Ketua Pegawai Teknologi Maklumat (CIO) dan Majlis Pengarah-Pengarah ICT IPTA (MAPITA) yang diadakan pada 20 -22 Oktober 2017 bertempat di Holiday Villa Beach Resort & Spa Langkawi, Kedah. 

UPM diwakili oleh Encik Muzaffar Shah bin Kassim (Perpustakaan Sultan Abdul Samad), Encik Mohd Faizal Bin Daud (iDEC) dan Tuan Sayid Mohamad Nazari Sayid Ismail (iDEC).

Program yang dianjurkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi ini telah dihadiri oleh CIO, Pengarah dan Pegawai Teknologi Maklumat dari semua Universiti Awam, Politeknik, MQA dan PTPTN.

Antara program yang diaturkan adalah pembentangan kertas Higher Education 4.0 oleh Pengarah Bahagian Pengurusan Maklumat, Kementerian Pendidikan Tinggi, Dr. Guan Eng Chan.

Antara intipati pembentangan beliau adalah seperti berikut:

Program lain adalah perbincangan dalam kumpulan kecil yang telah dibahagikan kepada 5 kumpulan bagi membincangkan tajuk-tajuk seperti berikut:

  • Kumpulan 1 & 2: Proses. Fokus kepada Integrasi, dashboard/ building block, ranking, IoT, Big Data dan Cloud
  • Kumpulan 3 & 4: Teknologi. Fokus kepada Data Center ( Supercomputing, Central Processing) dan Network
  • Kumpulan 5: Governance. Fokus kepada Kompetensi, utilization, user, developer, interfaces, Data-data MAMPU-blueprint, big data dan Readiness of ICT – KPT/ IPTA

Date of Input: 25/10/2017 | Updated: 31/10/2017 | nazlina

MEDIA SHARING

INFOCOMM DEVELOPMENT CENTRE (iDEC)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 97691990
03 97693003
SXETUA6~

Hello!