ISMS 2019 Internal Audit Implementation | INFOCOMM DEVELOPMENT CENTRE (iDEC)
» NEWS » ISMS 2019 Internal Audit Implementation

ISMS 2019 Internal Audit Implementation

 

Audit Dalaman ISMS 2019 te;ah dilaksanakan pada 15 hingga 16 Mei 2019 bertempat di Pusat Pembangunan Maklumat dan Komunikasi (iDEC). Sebanyak lima (5) orang Juruaudit Dalaman ISMS UPM telah hadir iaitu Encik Mohammad Ismail Baharom selaku Ketua Auditor, Puan Shamriza Shari, Puan Shamilah Samian, Dr. Suhyna Mohamad Sulaiman dan Puan Suhana Md. Chairi. Mereka turut dibantu oleh seorang pelatih Juruaudit Audit Dalaman ISMS iaitu Encik Khairil Ridzuan Khahirullah.

Objektif Audit kali ini adalah bertujuan untuk memastikan pelaksanaan pengurusan keselamatan maklumat berdasarkan keperluan Standard MS ISO/IEC 27001:2013 dengan efektif selaras dengan Peraturan Keselamatan ICT UPM serta objektif dan sasaran Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat UPM. Ia juga akan melihat penambahbaikan yang bersesuaian bagi peningkatan berterusan dan memastikan persediaan untuk menghadapi Audit Pemantauan Semakan 1 oleh badan pensijilan SIRIM.

Skop yang telah diaudit adalah Pengurusan Operasi Pusat Data dalam menyokong skop persijilan ISMS UPM iaitu :

(a) Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat bagi Proses Pendaftaran Pelajar Baharu Prasiswazah Merangkumi Aktiviti Semakan Tawaran hingga Pendaftaran Kolej Kediaman

(b) Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat bagi Proses Penilaian Pengajaran Prasiswazah di Fakulti

Date of Input: 16/05/2019 | Updated: 16/05/2019 | nazlina

MEDIA SHARING

INFOCOMM DEVELOPMENT CENTRE (iDEC)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 97691990
03 97693003
SXEUAAm~

Hello!