IDEC's Innovation And Visibility At SUKUM 2022 | INFOCOMM DEVELOPMENT CENTRE (iDEC)
» NEWS » iDEC's Innovation and Visibility at SUKUM 2022

iDEC's Innovation and Visibility at SUKUM 2022

 

Serdang, 16 September 2022 : Inisiatif dan inovasi pakej sistem yang dibangunkan oleh Pusat Pembangunan Maklumat dan Komunikasi (iDEC) telah banyak membantu dan menaikkan imej UPM di dalam penganjuran Sukan Antara Staf Universiti Malaysia (SUKUM) 2022. Ia juga telah dapat menjimatkan kos bagi sewaaan atau perolehan sistem daripada pihak luar.

Pembangunan pakej aplikasi Sports Event Management System (SEMS) adalah  bertujuan untuk digunakan bagi menguruskan penganjuran kejohanan sukan. Ianya terdiri daripada tiga (3) jenis platform iaitu web portal, sistem aplikasi dan mobile apps. Kelebihan platform yang dibangunkan ini adalah berorientasikan Content Management System (CMS) yang akan memudahkan penganjur sukan untuk menguruskan sendiri bagi semua proses dan fungsi utama seperti pendaftaran atlet, penjadualan, keputusan, live sports streaming dan sebagainya. Selain daripada itu beberapa kelainan dan ciri-ciri baru yang membezakan dengan sistem penganjuran sukan yang lain adalah sistem ini menggunakan teknologi QRCode bagi memudahkan proses menyemak jadual & keputusan, merekod dan mengesahkan kehadiran atlet ke tempat pertandingan.   

Seramai lima (5) orang staf Bahagian Pembangunan Aplikasi (BPA) IDEC yang berpengalaman telah terlibat di dalam pembangunan projek khas ini yang berjaya disiapkan dalam tempoh masa lima (5) bulan. Staf tersebut terdiri daripada Mohamad Illyas Md Yasin, Mohd Hamzidi Hamid, Sharifah Harzatul Shima, Mohammad Faiz Esa dan Azhana Abdullah.

Bagi perancangan pada masa akan datang, dijangka pakej aplikasi ini berpotensi untuk menjadi jenama produk dan penanda aras baru bagi sistem aplikasi untuk sebarang penganjuran sukan baik di UPM ataupun di mana-mana peringkat negeri dan kebangsaan serta dapat menjana pendapatan kepada IDEC melalui aktiviti komersialisasi. Ianya hasil daripada mendapat maklum balas yang sangat positif diterima daripada beberapa universiti dan agensi luar mengenai sistem ini. Ini secara langsung akan menyerlahkan lagi keterlihatan dan sumbangan IDEC bukan sahaja di UPM malah di peringkat luar.

Portal kejohanan SUKUM boleh diakses di https://sukum2022.upm.edu.my

 

Mobile Apps Sports Event Management System (SEMS)

 

Belakang tabir penganjuran SUKUM 2022 UPM

 

Disediakan oleh : Ts. Azizi Sabron

Date of Input: 19/09/2022 | Updated: 19/09/2022 | nazlina

MEDIA SHARING

INFOCOMM DEVELOPMENT CENTRE (iDEC)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 97691990
03 97693003
SXEZTAn~

Hello!