IDEC KPI 2019 Workshop | INFOCOMM DEVELOPMENT CENTRE (iDEC)
» NEWS » iDEC KPI 2019 Workshop

iDEC KPI 2019 Workshop

 

Pada 12 Mac 2019, Seksyen Perancangan Strategik (SSG), Bahagian Perancangan dan Governan ICT (BPG), telah menganjurkan Bengkel Input KPI iDEC 2019. Bengkel telah diadakan di Bilik Seminar, Institut Penyelidikan Produk Halal (IPPH), UPM. Ucapan pembukaan oleh Encik Rosmi Othman, Timbalan Pengarah, Pengurusan Strategik dan Sokongan Pengguna (PSSP). Bengkel diadakan bertujuan bagi membincangkan serta mengenalpasti punca permasalahan penyediaan data untuk laporan pencapaian Piagam Pelanggan iDEC untuk bulan Januari 2019. Petunjuk Prestasi Utama (KPI) 2019 yang merupakan sumber data kepada Piagam Pelanggan, telah disemak semula dan bengkel telah berjaya mendapatkan penyelesaian permasalahan tersebut. Bengkel diakhiri dengan rumusan serta ucapan penutup oleh Prof. Madya Dr. Fatimah Sidi, Pengarah Pusat Pembangunan Maklumat dan Komunikasi (iDEC), UPM.

Date of Input: 28/03/2019 | Updated: 28/03/2019 | nazlina

MEDIA SHARING

INFOCOMM DEVELOPMENT CENTRE (iDEC)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 97691990
03 97693003
SXEYWAt~

Hello!