Glosari Teknikal (Siri 1) | PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)
» ARTIKEL » Glosari Teknikal (Siri 1)

Glosari Teknikal (Siri 1)

Pixel

Pixel adalah titik tunggal dalam imej grafik. Monitor grafik memaparkan gambar dengan membahagikan skrin paparan kepada ribuan (atau berjuta-juta) pixel, disusun dalam baris dan lajur. Pixel adalah dalam kedudukan rapat antara satu sama lain dan akan kelihatan bersambung. Setiap pixel hanya boleh mewakili satu warna pada satu masa. Memandangkan saiz pixel yang tersangat kecil, pixel biasanya bergabung untuk membentuk pelbagai warna dan campuran warna.

 

Resolution

 

Resolution digunakan untuk menggambarkan jumlah pixel yang dipaparkan pada monitor, pencetak dan imej grafik. Ia juga menerangkan bagaimana sesuatu imej kelihatan jelas dan tajam. Imej bitmap terbentuk daripada gabungan pixel dan kualiti resolution imej yang diukur oleh PPI (pixel per inci). Biasanya dua perkara yang dititik berat semasa membangunkan imej bitmap adalah saiz imej (ketinggian dan lebar dalam inci) dan bilangan PPI yang digunakan.

 

Colour Models

Model warna yang paling biasa digunakan oleh pereka grafik adalah model CMYK untuk percetakan dan model RGB untuk paparan komputer.

Tarikh Input: 30/09/2019 | Kemaskini: 08/10/2019 | nazlina

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 97691990
03 97693003
SXEUGAt~

Hello!