Penilaian Risiko COVID 19 Dalam Talian | PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)
» ARTIKEL » Penilaian risiko COVID 19 dalam talian

Penilaian risiko COVID 19 dalam talian

Sistem Pengurusan Risiko ERTCOVID-19 UPM (PutraRISK – ERTCOVID19) adalah merupakan satu sistem penilaian risiko COVID 19 dalam talian yang dibangunkan oleh Bahagian Pembangunan Aplikasi, Pusat Pembangunan Maklumat dan Komunikasi (iDEC). Keperluan pengguna bagi pembangunan sistem ini diperolehi secara kolektif daripada input secara usaha sama dengan Pejabat Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Pusat Kesihatan UPM, Jabatan Kesihatan Komuniti, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan dan Hospital Pengajar UPM.

Melalui aplikasi ini, tahap risiko warga UPM terhadap wabak COVID-19 ini akan dapat dipantau dari semasa ke semasa oleh penyelia dan juga Jawatankuasa Tindakan Kecemasan (ERT UPM) dengan staf dan pelajar akan menjawab beberapa soalan serta merekodkan maklumat berkaitan tanda dan gejala wabak terbabit ke dalam sistem ini. Output yang diperlukan daripada hasil maklumat yang diinput oleh staf dan pelajar ininakan dapat dipantau melalui modul laporan yang memaparkan laporan yang berbentuk dinamik dan komprehensif. Terdapat tiga tahap risiko dikenal pasti iaitu Risiko Tinggi (merah), Sederhana (kuning), dan Rendah (hijau) dengan setiap daripadanya mempunyai tindakan kawalan yang khusus. Melalui sistem ini juga staf perlu memaparkan paparan tahap saringan kepada pengawal bagi membolehkan mereka dibenarkan untuk memasuki ke dalam kawasan kampus UPM.

Tarikh Input: 01/06/2020 | Kemaskini: 02/06/2020 | nazlina

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 97691990
03 97693003
SXDcUAm~

Hello!