PUTRACOMM (An IP-Phone) | PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)
» ARTIKEL » PUTRACOMM (An IP-Phone)

PUTRACOMM (An IP-Phone)

Penamatan Perkhidmatan Talian Telefon 8946 Xxxx & 8947 Xxxx

Universiti Putra Malaysia telah melaksanakan transformasi sistem telekomunikasi. Ia telah bermula pada bulan Ogos 2018 dan telahpun selesai pada Mac 2019. Mulai 1 julai 2019, nombor telefon Universiti Putra Malaysia (UPM) dengan prefix 03-8946 dan 03-8947 telah ditamatkan perkhidmatan.

Tindakan ini dibuat berdasarkan justifikasi berikut:

1.    Pemasangan set telefon baru dengan prefix 03-9769 (hardphone & softphone) di setiap PTJ yang bermula pada 17 Ogos 2018, telah selesai pada 29 Mac 2019. Taklimat dan tunjuk ajar kepada staf telah dilaksanakan semasa proses pemasangan dijalankan.
2.    Kerosakan Sistem PABX Ericsson MD110 yang menyokong perkhidmatan talian 8946xxxx (berusia 35 tahun) dan tidak ekonomi untuk dibaiki.
3.    Kerosakan Server Cisco Call Manager yang menyokong perkhidmatan talian 8947xxxx (berusia 12 tahun), telah mengalami kerosakan dan tidak dapat dibaiki.

Semua staf yang layak dibekalkan nombor talian telefon sendiri boleh memasang (memuat turun) aplikasi softphone Putracomm pada telefon pintar masing-masing. Nombor telefon ini akan kekal bersama staf sehingga tamat perkhidmatan dan dibawa bersama apabila berpindah Jabatan atau Pusat Tanggungjawab (PTJ) di UPM. Hanya talian yang berkait dengan PTJ sahaja yang akan kekal setempat seperti nombor Dekan, Pengarah, Ketua Jabatan dan sebagainya.

Set telefon meja (hardphone) yang dibekalkan adalah terhad memandangkan kekangan peruntukan kewangan semasa. Justeru itu, pihak JPU telah bersetuju tidak semua staf akan dibekalkan set telefon meja dan agihan yang dibuat hendaklah mengikut keutamaan dan kepentingan tugas seperti berikut:

•       Pengurusan PTJ
•       Setiausaha/Penolong Setiausaha/Pembantu Tadbir
•       Staf Pentadbiran/Kewangan
•       Kaunter Pelanggan

 

Sesi taklimat ke PTJ :

Tarikh Masa Lokasi
4 Julai 2019 3.00 petang Dewan Pertanian, Fakulti Pertanian UPM
9 Julai 2019 10.00 pagi Aras Bawah, Bilik Temasa, Perpustakaan Sultan Abdul Samad (PSAS)
11 Julai 2019 3.00 petang Dewan Kuliah Veterinar A, Fakulti Perubatan Veterinar

 

 

 

Tarikh Input: 04/07/2019 | Kemaskini: 05/07/2019 | nazlina

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 97691990
03 97693003
SXEUKA0~

Hello!