PdP Secara Dalam Talian | PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)
» ARTIKEL » PdP secara dalam talian

PdP secara dalam talian

Universiti Putra Malaysia tetap meneruskan aktiviti ilmu walaupun dikejutkan dengan isu pandemik Covid 19. Pembelajaran dan pengajaran, seminar, bengkel, mesyuarat atau aktiviti rasmi lain, dilaksanakan secara atas talian dengan penggunaan aplikasi sidang video. Dalam usaha memperkasa penggunaan teknologi maklumat digital, pendidik, pegawai, pelajar universiti serta komuniti harus berubah dan menggunakan teknologi komunikasi secara lebih cekap, efisien dan berupaya menyampaikan maklumat lebih pantas dan berpengaruh.

Pusat Pembangunan Maklumat dan Komunikasi (iDEC) mengambil langkah menambah baik teknologi ICT bagi memastikan dapat digunakan dengan baik tanpa sebarang permasalahan. Kajian telah dilaksanakan di kalangan pendidik dan pekerja Universiti berkenaan aplikasi sidang video yang menjadi pilihan dan iDEC telah melaksanakan perolehan lesen aplikasi supaya fungsi yang terhad sebelum ini dapat digunakan dengan lebih baik.

APLIKASI SIDANG VIDEO

Beberapa siri latihan berkaitan aplikasi sidang video diadakan bagi memberikan penerangan dengan lebih jelas mengenai setiap fungsi yang terdapat dalam pelbagai aplikasi sidang video. Pilihan aplikasi adalah terpulang kepada pendidik atau pentadbir sekiranya ingin menggunakannya untuk sesi PdP, webinar, bengkel atau mesyuarat.

Di antara aplikasi sidang video yang digunakan di Universiti Putra Malaysia :

 

Senarai latihan berkaitan persidangan aplikasi sidang video yang telah dilaksanakan:

 

April 2020

  • 16 April 2020 - Latihan Persidangan Video Aplikasi Webex oleh Profesor Madya Ts. Dr. Fatimah Sidi, Pengarah Pusat Pembangunan Maklumat dan Komunikasi (iDEC)
  • 17 April 2020 - Latihan Persidangan Video Aplikasi Google Meet, Penyelaras Encik Hasidin Abdul Rashid
  • 21 April 2020 - Latihan Persidangan Video Aplikasi Microsoft Team, Penyelaras Encik Mohamad Hafiz Mohamad Zamri
  • 22 April 2020 - Latihan Persidangan Video Big Blue Button, Penyelaras Encik Ahri Sogok
  • 23 April 2020 - Latihan Persidangan Video Aplikasi Zoom, Penyelaras Encik Mohd. Rizal Khanafie
  • 27 April 2020 - Latihan Persidangan Video Aplikasi Webex oleh Encik Rosmi Othman, Timbalan Pengarah (Pengurusan Strategik & Sokongan Pengguna) iDEC

 

Jun 2020

16 April 2020 - Latihan Kaedah Membina Web Seminar (Webinar) melalui platform WEBEX, Penyelaras Encik Rizal Razak

 

Disember 2020

  • 15 Disember 2020 - Kaedah Penggunaan Aplikasi Persidangan SIdang Video Zoom oleh Encik Mohd. Rizal Khanafie, Encik Mohamad Rafizan Ramliy
  • 17 Disember 2020 - Latihan Persidangan Video Aplikasi Google Meet oleh Encik Muhammad Fadzli Ariffin, Encik Mohamad Hafiz Mohamad Zamri
  • 18 Disember 2020 - Latihan Persidangan Video Aplikasi Webex oleh Encik Mohamad Rafizan Ramliy, Encik Mohd. Fikri Draffar
  • 21 Disember 2020 - Latihan Persidangan Video Microsoft Teams oleh Encik Abd Rahman Ali Bashah, Puan Nor Azlina Zainal Abidin

Tarikh Input: 16/03/2021 | Kemaskini: 16/03/2021 | nazlina

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 97691990
03 97693003
SXEUCAr~

Hello!