Awas! Malware AZORult | PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)
» ARTIKEL » Awas! Malware AZORult

Awas! Malware AZORult

Apakah itu Malware AZORult ?

  1. Malware (Malicious Software) adalah suatu program yang dirancang dengan tujuan untuk memasuki dan merosakkan sistem komputer pengguna. Malware juga mampu mencuri ID serta kata laluan daripada pelayar (browser) seperti Chrome, Mozilla Firefox, Opera, klien emel, dan klien FTP.
  2. Melalui malware AZORult ini, ia bukan sahaja akan mencuri pelbagai maklumat sensitif yang berada di dalam komputer malah mengeksploitasi sistem berkenaan secara backdoor untuk kegunaan penggodam.
  3. Malware AZORult tersebar melalui emel spam, muat turun perisian hasad (perisian yang mengandungi malware/virus) atau muat turun data melalui laman sesawang yang tidak sah.

Langkah pencegahan :

  1. Waspada atau Curiga dengan sebarang emel yang meminta maklumat peribadi pengguna.
  2. Jangan klik pada link / muat turun dokumen dalam mesej email sekiranya anda mengesyaki mesej berkenaan palsu atau anda tidak mengenali pengirimnya.
  3. Memasang / Mengemaskini perisian antivirus dan antimalware seperti aplikasi malwarebytes serta melaksanakan proses imbasan pada komputer secara berkala.

Tarikh Input: 13/11/2019 | Kemaskini: 13/11/2019 | nazlina

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 97691990
03 97693003
SXEYSAY~

Hello!