Pusat Pembangunan Maklumat dan Komunikasi (iDEC) UPM sedang melaksanakan Sistem Kawalan Akses Internet UPM. Sistem kawalan ini telah dilaksanakan dan digunapakai untuk semua rangkaian WiFi Kolej UPM dan didapati berjalan dengan lancar. Peringkat pertama, kedua, ketiga, keempat dan kelima telah berjaya dilaksanakan pada 19 Julai 2017, 2 Ogos 2017, 16 Ogos 2017 , 24 Ogos 2017 dan 14 September 2017 masing-masing.
Peringkat keenam akan dilaksanakan pada 5 Oktober 2017 dan PTJ yang terlibat adalah seperti dalam Jadual Pelaksanaan..
Rasional pelaksanaan sistem adalah untuk kawalan penggunaan akses Internet melalui kaedah:-
Justeru itu, setiap warga UPM yang ingin mengakses Internet, perlu melalui proses verifikasi menggunakan identiti UPM-ID.
Bersama ini dilampirkan jadual pelaksanaan serta panduan penggunaan sistem untuk kegunaan tuan/puan.
Bagi pengguna yang melakukan login kali pertama, mohon tuan/puan logout dan login semula untuk memastikan kelajuan terbaik capaian Internet.
Untuk sebarang maklumat lanjut, sila hubungi Hotspot Operation Center (HOC) (03-89471221) / Helpdesk iDEC (03 8947 1990) atau email putrahotspot@upm.edu.my / idec_helpdesk@upm.edu.my
Tarikh Input: 11/10/2017 | Kemaskini: 11/10/2017 | nazlina
Universiti Putra Malaysia
UPM Putra InfoPort - IOI Resort
Jalan Kajang - Puchong
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan