Rawang Selangor, 18 Februari 2024:Kelab Kebajikan dan Rekreasi iDEC (KRiDEC) telah menganjurkan Aktiviti Rekreasi Bersama KRiDEC hujung minggu ke Hutan Lipur Kanching yang terkenal dengan Air terjun 7 Tingkat. Nama 'Kanching' itu berasal dari nama sejenis pokok Endemik yang dinamakan 'Giam Kanching'. Menurut FRIM, spesies ini bersifat endemik bermaksud hanya ditemui di satu habitat, iaitu di Hutan Simpan Kanching, Selangor.
Expedisi diketuai oleh Azman Shah Mohd Shahar yang tidak asing lagi dalam dunia hiking. Expedisi ini membawa warga iDEC menerokai keajaiban dan keunikan alam semulajadi sehingga ke tingkat ke-7 air terjun. Melangkah tiap anak tangga, menelusuri akar-akar banir pokok dan batu-batuan licin yang mencanak di sesetengah laluan sepanjang +- 2.5KM sehala, pasti akan memberi pengalaman yang baharu, mencabar dan mencetuskan deruan adrenalin setelah sekian lama kita mereput di hadapan screen dan keyboard.
Kemudahan seperti surau,tandas dan tempat mandi disediakan berhampiran pintu masuk. Gerai-gerai menjual pelbagai jenis makanan ringan sehingga nasi campur juga ada bagi yang tidak sempat untuk menyediakan bekalan.Bayaran masuk yang dikenakan oleh Jabatan Hutan Lipur adalah sebanyak RM3.00/seorang.
Senarai nama peserta yang telah menyertai aktiviti ini adalah seperti berikut:
Semoga aktiviti sihat ini akan diteruskan pada masa akan datang dengan lokasi hiking yang berlainan. Majulah KRiDEC untuk semua!
Sumber : KRiDEC
Disediakan oleh:
Ts. Nor Azlina binti Zainal Abidin
Tarikh Input: 29/02/2024 | Kemaskini: 29/02/2024 | nazlina
Universiti Putra Malaysia
UPM Putra InfoPort - IOI Resort
Jalan Kajang - Puchong
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan